10 tahun dulu dengar sahaja perkataan insurans rata-rata masyarakat akan lari dan tidak mengambil endah tentang perihal insurans. Kebanyakannya menganggap insurans hanya menipu, membazir, menyusahkan dan mengarut. Tapi di zaman sekarang kesedaran dalam masyarakat semakin meningkat. Sekarang bukan ejen cari client tapi client cari ejen!
Pada saya insurans / takaful merupakan ‘jaminan kehidupan’ kerana ianya menjamin hidup anda dan keluarga apabila berlaku kematian dan segala yang telah diinsuranskan. Tapi berapa ramai yang mempunyai kesedaran seperti ini?
Kebanyakan mereka yang berumur 20an tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan insurans / takaful kerana
(1) Kurang pendedahan dan penerangan dari ejen.
(2) Mereka hanya nampak pembaziran kerana bayaran bulanan yang mahal.
(3) Tiada perancangan yang jelas dalam kehidupan.
Berikut merupakan 5 sebab utama mengapa anda perlu ada insurans / takaful:
SEBAB 1
Adakah anda mempunyai hutang bank, hutang courts mammoth, bil elektrik, bil air dan segala macam bil? Agak-agak jika berlaku kematian siapa yang nak bayar semua tu? Isteri? Ibu bapa? Anak? Harus diingat mati itu pasti cuma tak tahu bila.
SEBAB 2
Anda sihat, muda dan tiada kecacatan?Inilah masa yang sesuai untuk anda mengambil insurans / takaful kerana bayaran bulanannya adalah rendah dan sama tiaptiap bulan sehingga anda berumur 80 tahun. Jadi jika anda menghidapi sebarang penyakit pada umur 50, anda tidak perlu risau berkenaan kewangan kerana polisi yang telah diambil pada waktu sihat dulu dapat melindungi anda. Insurans / takaful tidak akan melindungi orang yang telah sakit jadi rancanglah sewaktu anda muda dan sihat.
SEBAB 3
Anda telah berkahwin? Jika ya anda perlu mangambil insurans / takaful supaya pasangan anda tidak terbeban jika anda ditimpa musibah. Bayangkan satu hari nanti anda membawa kereta dan terlibat dengan kemalangan seperti berita Pajero dan Myvi barubaru ini. Apa akan terjadi pada anakanak anda?Jika isteri anda masih hidup siapakah yang akan menanggung perbelanjaan?Sudah tentu isteri dan anakanak yang menjadi mangsa.
SEBAB 4
Kebanyakan isteri mahu meninggalkan harta kepada anak-anak sebab suami akan kahwin lain kalau isteri dah tiada (berdasarkan jawapan lebih dari 10 orang). Jadi bagaimana anda mahu menurunkan harta pada anak-anak?
Dengan mengambil insurans / takaful anda boleh mewasiatkan sejumlah wang kepada sesiapa sahaja yang anda mahu termasuklah anak.
SEBAB 5
Ketenangan jiwa…. Anda akan berasa tenang jika telah mengambil insurans / takaful kerana anda tidak perlu lagi risau tentang hal kewangan jika ditimpa musibah
credit to: aizattakaful.com
Smart and Lovely Ways to protect you and your loved one.
We love to protect you.
Noor Azman 013-3043848 / Mary 013-3403848
No comments:
Post a Comment
Thank you for leaving your comment. For FAST respond please SMS/WhatAps/Call 0133043848 (Noor Azman) & 0133403848 (Mary). We are glad and proud to help you.