Monday 14 December 2015

10 TIPS ELAK/KURANGKAN CUKAI ANDA : Ke mana duit saya mengalir?

Tips Kurangkan Cukai Pendapatan


Senarai perbelanjaan yang boleh mendapat pelepasan cukai secara jelas adalah:


1) Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang islam. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar. Ini memang sangat significant. Bayar lah lebih..jangan risau, yang lebih anda akan dapat balik dalam pulangan lebihan bayaran nanti.

2) Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Pelan Insurans Pendidikan Anak-Anak, Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Jangan berkira untuk menabung SSPN. Boleh dapat pengecualian tu.

3) Bantuan Kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA. Anda juga boleh menyumbang kepada WWF (sayangilah haiwan liar yang semakin pupus).

4) Pembelian Buku, Journal, Majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000. Setiap kali beli majalah, buku, komik mintaklah resit hahaha.

5) Melanjutkan Pelajaran Post Graduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN. Banyak juga tu. Boleh rancang-rancanglah nak sambung Master ke PhD atau yang belum ada ijazah boleh buat sekarang.

6) Pembelian Barangan Sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300. Beli barang sukan je mintak resit. Jangan lupa dalam resit tulis, peralatan sukan. Jangan tulis, baju jersi, kasut sukan, stokin, topi dan sebagainya. Lain tu peralatan dengan pakaian.

7) Insuran Hayat/Takaful Keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). Kepada yang belum ada takaful insurans, boleh hubungi saya 0133043848. Banyak tu boleh dapat pelepasan. Sehingga RM6000! Tak tau coverage camne boleh dapat RM6000 ni hahaha. 013-3043848 hubungi saya bila-bila masa.

8) Bayaran Perubatan untuk Ibu Bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000. Simpan slip-slip bayaran yang telah anda bayar di hospital swasta, hospital kerajaan atau kedai farmasi.

9) Pembelian Komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun). Setiap 3 tahun boleh beli laptop atau PC terbaru.

10) Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment). Ini pun sebenarnya rutin tahunan kita selain pergi check gigi atau scaling kan? Full medical check up terutama anda yang berumur 30 ke atas.


Semoga panduan cara untuk mengurangkan cukai pendapatan ini dapat membantu mengurangkan bebanan bayaran anda nanti. 

Smart and Lovely Ways to protect you and your loved one. We love to protect you. 
Noor Azman 013-3043848 / Mary 013-3403848

No comments:

Post a Comment

Thank you for leaving your comment. For FAST respond please SMS/WhatAps/Call 0133043848 (Noor Azman) & 0133403848 (Mary). We are glad and proud to help you.