Sediakan Payung Sebelum Hujan,
itulah konsep insurans sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu.
Seandainya kita sentiasa beringat dengan pepatah orang tua,
MALANG TIDAK BERBAU, sudah pasti kita kita akan menyertai insurans sebagai jaminan masa depan.
Ada sesetengah termasuk kawan saya sendiri yang memandang negatif tentang insurans. Mereka hanya memandang saya sebagai seorang yang ingin mengambil kesempatan atas pendapatan mereka. Sebenarnya tugas seorang Perunding Takaful adalah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan insurans tanpa ada sebarang paksaan. Apa yang kita niatkan, itulah sebenarnya yang kita dapat. Niat untuk mengaut keuntungan hanya akan memberikan kekayaan dengan pengisian yang kosong.
Apa yang disampaikan adalah berunsur kebaikan dan memberi manfaat kepada manusia. Manfaat adalah untuk orang yang menyertai insurans bukannya Perunding. Insurans bukan untuk mengkayakan Perunding atau peserta tetapi lebih daripada itu. Insurans bukan untuk menjadi kaya tetapi untuk mengelakkan kita menjadi miskin.
Seperti yang saya tegaskan tadi, terdapat beberapa kepentingan insurans kepada peserta. Tugas Perunding adalah untuk menyampaikan dan anda yang perlu menentukan sendiri kepentingan anda.
- PERSIAPAN jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
- Ambil insurans ketika masih muda dan sihat, boleh dapat pulangan tinggiapabila tempoh matang insurans.
- Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
- Kos pengajian semakin tinggi. Anak perlukan insurans untuk meringankanbeban kos pendidikan.
- Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya peserta meninggal dunia.
- Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital.
CREDIT TO: fadzilagency.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Thank you for leaving your comment. For FAST respond please SMS/WhatAps/Call 0133043848 (Noor Azman) & 0133403848 (Mary). We are glad and proud to help you.