Monday 20 April 2015

Merancang PERSARAAN dalam usia muda..

Bagi mereka yang baru mula bekerja, tumpuan lebih terarah kepada kehidupan yang seronok dan bahagia, iaitu memiliki rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Tidak mungkin pada masa ini, mereka pula dikehendaki untuk memikirkan tentang persaraan. Sekarang adalah masa untuk enjoy.

Sebenarnya tanggapan seperti itu adalah silap. Jika melihat kepada data sedia ada tentang persediaan untuk menghadapi persaraan, ia amat tidak menggalakkan. Dalam kajian yang dikendalikan oleh Citibank mendapati:

60% PENGGUNA TIDAK YAKIN DENGAN SIMPANAN PERSARAAN MEREKA 
HANYA 22% MEMPUNYAI SATU PELAN PERSARAAN 


DALAM SATU KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH FOMCA PULA, BILA DITANYA, “ADAKAH ANDA RASA BAHAWA SIMPANAN ANDA MENCUKUPI UNTUK UNTUK KEGUNAAN SEMASA PERSARAAN?”, SEBANYAK 64% YANG MENJAWAB, “TIDAK!”.

RAMAI PENGGUNA HANYA MENGHARAPKAN SIMPANAN DALAM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) UNTUK MENAMPUNG KOS HIDUP MEREKA SELEPAS BERSARA. BERDASARKAN LAPORAN DI BERITA HARIAN, “KIRA-KIRA 72% PENCARUM MENGHABISKAN SEMUA SIMPANAN MEREKA DALAM TEMPOH 3 TAHUN DARI TARIKH PENGELUARAN SELEPAS BERSARA.



Persaraan adalah masa apabila anda tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji, sebaliknya anda akan bergantung kepada simpanan dalam KWSP, pelan persaraan yang yang lain, pendapatan pelaburan atau pendapatan daripada pekerjaan sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa bersara, maka setiap pengguna harus memikirkan secara terperinci tentang perancangan mereka apabila bersara.

Untuk mencapai kejayaan kewangan dalam persaraan, pengguna harus mempunyai tabungan dan pelaburan yang cukup untuk menambah simpanan dalam KWSP. Untuk menjayakan ini, dalam masa seseorang bekerja untuk 30 hingga 35 tahun, seseorang mesti memilih satu-satu pelan persaraan dan harus berkomited untuk mematuhi pelan tersebut sehingga bersara.

Anda dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja dan terus melabur sehingga bersara untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang cukup semasa bersara. Dengan mula menyimpan semasa usia masih muda, anda akan menikmati manfaat simpanan wang yang lebih tinggi.

Untuk merancang persaraan anda dengan jayanya, anda harus menetapkan matlamat persaraan anda. Tabungan persaraan anda adalah jumlah simpanan dan pelaburan yang anda kehendaki untuk menjamin gaya hidup persaraan yang anda ingin nikmati.Dalam perancangan untuk persaraan, anda juga harus sedar akan beberapa ancaman Inflasi.

Jika pada 10 tahun lepas, harga roti canai adalah 60 sen dan sekarang harga adalah RM 1.80, maka dalam 10 tahun atau 20 tahun hadapan anda boleh jangka harga semua barangan akan jauh lebih mahal daripada sekarang.
Inflasi 15% setiap tahun bagi perbelanjaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang. Semakin tua semakin banyak penyakit akan dihadapi dan masalah kesihatan ini boleh menghabiskan kewangan kita. Oleh itu kita perlu merancang dan bersedia untuk menghadapi persaraan mulai daripada sekarang.


Atur kewangan anda agar anda menikmati hisup di hari persaraan anda dengan gembira dan terjamin. Bagaimana? Kami ingin membantu anda memahami

No comments:

Post a Comment

Thank you for leaving your comment. For FAST respond please SMS/WhatAps/Call 0133043848 (Noor Azman) & 0133403848 (Mary). We are glad and proud to help you.