Saturday, 25 April 2015

MEDICAL CARD: FAKTA YANG ORANG AWAM TAK SEDAR




Salam kepada semua pembaca yang dikasihi.
Entri kali ini, saya kongsikan lagi tentang kelebihan medical card Prudential BSN Takaful.

9 KELEBIHAN MEDICAL CARD PRU-BSN

1- Life time limit. Selagi policy masih hidup, selagi itulah Medical Card akan cover anda. So sangat berbaloi jika kita memilih untuk bayar policy hingga 80 tahun atau lebih. Sebab pada usia inilah, manusia paling banyak menderita penyakit. Maklumlah usia dah tua kan.Nak harap duit anak-anak memang susah nak cakap kan.

2- Boleh removed annual limit. Contoh, kalau medical card TH 200, annual limit 75K, dan lifetime limit 750K sampai umur 80 tahun. So, boleh amik option utk removed 75K tu, Setahun kalau nak claim sampai beratus ribu...(lebih dari 75K)...contoh 200K, sekali claim pun boleh.

3- Medical card sekali dalam basic policy, so, kalau pencarum disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal, policy akan jadi PERCUMA dan client tak perlu bayar apa2 lagi, sebaliknya simpanan diteruskan.

4. Medical Card Pru-BSN included sekali dalam basic policy. Sekiranya client termissed bayar sebulan atau 2 bulan, policy tetap sah (not lapsed) dan tidak mati. Dengan syarat, client telah mempunyai cash value dalam polisi tu. Maksudnya, client sudah memiliki polisi ini sejak sekian bulan dan rekod pembayaran yang tetap dan teratur. Kewujudan cash value inilah yang membantu cover charges medical card dalam polisi insuran anda yang anda termissed bayar seperti yang saya sebut di atas. 

Beza dengan Medical Card yang standalone (bila insuran nyawa berasingan di beli dengan polisi medical card).Stand alone policy, 31 hari tak bayar, terus lapsed. Dan kalau masa tu memerlukan rawatan, memang TAK BOLEH GUNA. Saya beritahu perkara ini bagi memudahkan pembaca blog saya memahami mengenai beza antara Medical Card sekali dalam polisi insuran VERSUS Medical Card Standalone.

(Ini adalah salah satu contoh syarat2 tamat sijil medical card stand alone yang saya buat research dan saya jumpa di internet. Ia hanya sebagai satu contoh umum untuk medical card stand alone)

5. Kalau upgrade bilik, hanya bayar different harga bilik sahaja. tak perlu bayar additional ko-takaful, sebab ko-takaful fixed at min 300 dan maximum 1,000.

6. Ko-takaful...

Haaa, yang ni biasanya orang nampak kelemahan kat pruBSN punya medical card, sebab mmg dah kena terus ko-takaful 10% min 300 maximum 1,000. Tapi, kalau kita upgrade bilik, kita hanya bayar different bilik, dan ko-takaful fixed at min 300 and max 1,000. Sebab tu, kami biasanya tak jual medical card sahaja, kita jual as package..dengan elaun hospital dan elaun bedah.

Ada juga client tanya kepada saya, ada syarikat takaful lain boleh berikan coverage 100% dan tak de co-takaful...Jawapan saya mudah sahaja...pernah tak statement nie kat policy atau brochure mereka?...client jawap, tak perasan pulak...so, saya suruh mereka counter check*...kalau ada, maknanya, kalau masuk wad yang lebih dari entitlement kita, kita kena bayar 10% dari total bill dengan tiada maksimum ko-takaful...so, kalau bill 30K...kena 10% co-takaful 3,000...and PruBSN fixed at 1K + different harga bilik.

Anda tidak perlu percaya apa yang saya nyatakan, ini hasil kajian saya, dan saya sertakan dengan fakta, dan bukan taip kosong jee...:)

7. Medical card PruBSN, takde inner limit untuk rawatan cancer dan dialysis. Just follow annual limit, dan kalau annual limit takder (sebab amik Annual Limit Waiver), just follow lifetime limit

8. Medical Card PruBSN nie guaranteed renewal and non-cancellable...apa maksudnya tu, kalau client dah sign up and policy dah berjalan, kalau ditimpa sakit, sama ada minor or kritikal, syarikat tak boleh cancelkan policy medical card ni, walau pun client akan claim berulang kali. Selagi tak habih limit, selagi tu boleh claim.

Sebab ada medical card yang letakkan syarat " Tertakluk kepada pembatalan portfolio"....kena faham term nie, biasanya tulisan ni kecik je dalam policy....and agent tersangat le jarang bagitau kat prospect atau client...tapi, kalau dah kena....haaa...masa tu medical card kena withdraw portfolio, lepas tu, dah sakit, nak claim pun dah tak boleh, nak amik policy lain pun tak boleh.

9. Yang nie (experienced saya sendiri)...So far, Alhamdulillah, kalau masuk kat hospital panel, tunjuk je card, staff front desk kat admission counter tu dah tau nak buat apa...so, hassle free...tapi, apa2 pun, lebih bagus kalau inform agent before nak masuk wad atau mendapatkan sebarang rawatan...

Kalau nak tau lebih lanjut, terus hubungi saya Noor Azman 0133043848 atau wife saya Cikgu Mary Jaungin 013-3403848. Wife saya bekerja kat Sabah so orang-orang Sabah boleh contact dia ok.

Friday, 24 April 2015

TIPS BLOGGING : Centerkan header blog

Ikut cara mudah di bawah ni untuk centerkan header blog saudara.

1. Dashboard > Template > Customize

2. Kemudian klik Advance > Add CSS dan copy coding (tulisan merah) kat bawah ni, kemudian paste dalam kotak putih.

#header-inner{margin:0 auto !important;}
#header-inner{text-align:center!important;}

Tuesday, 21 April 2015

MEDICAL CARD PRUDENTIAL: 4 PELAN MEDICAL CARD YANG ANDA WAJIB TAHU



4 Plan Medical Card yang terdapat dalam PruBSN Takaful

Tahukah anda, salah satu plan PruBSN tawarkan adalah PLAN HealthEnrich untuk KAD PERUBATAN (Medical Card).

Dalam Plan HealthEnrich terdapat 4 plan yang boleh di pilih oleh anda iaitu 
  • HealthEnrich Vital, 
  • HealthEnrich Select, 
  • HealthEnrich Advance 
  • HealthEnrich Premium.

Perbezaan ketara yang dapat anda lihat adalah jumlah premium yang dicarumkan dan jumlah had perubatan tahunan.

Disini saya lampirkan yang perbezaan yang ada pada Plan HealthEnrich ini. Jadi mudah untuk anda membuat pilihan. 

Masih banyak persoalan? Inginkan penerangan percuma? Jemput hubungi kami.









Masih banyak persoalan? Inginkan penerangan percuma? Jemput hubungi kami.

SILA CALL/SMS/WHATAPSS/EMAIL terus kepada kami:



En.Noor Azman Mazelan (013-3043848)/ herry_hi@hotmail.com

Pn. Mary Jaungin (013-3403848)/baraitborneo@gmail.com


INSYAALLAH KAMI AKAN AKAN MEMBANTU MENJAWAB SEMUA PERSOALAN ANDA.  



Monday, 20 April 2015

KENAPA SAYA MEMILIH PRUDENTIAL


Pelan Takaful ini merupakan pelan yang lengkap, fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut umur dan keperluan individu yang berbeza. Takafulink juga merupakan pelan Takaful Pertama di Malaysia yang menyediakan Kad Perubatan bagi membiayai kos rawatan hospital pakar yang tinggi.

KENAPA PRUDENTIAL BSN TAKAFUL?

                       


Prudential BSN Takaful adalah hasil usaha sama di antara Prudential Holdings Ltd & amp; Bank Simpanan Nasional. Produk-produk yang dihasilkan oleh Prudential BSN Takaful adalah produk yang berlandaskan Syariah. Prudential BSN Takaful telah melancarkan produk Takaful keluarganya yang pertama iaitu Takafulink pada 8 Nov 2006.

                            




Kelebihan Anda Memiliki Polisi Takaful Prudential BSN

Polisi percuma sepanjang hayat untuk penyakit kritikal.
Biarkan kami membantu anda dengan membayar polisi anda. Anda hanya perlu berehat untuk menjadi sihat.

Tabungan percuma sepanjang hayat selepas penyakit kritikal.
Biarkan kami menabung untuk anda walaupun andatelah hilangpunca pendapatankerana penyakit yang dihadapi.

Menambahkan simpanan anda kerana polisi Takaful Prudential BSN adalah investment – linked.
Sebahagian daripada premium digunakan untuk pelaburan. Hasil daripada pelaburan akan dimasukan ke dalam akaun anda. Oleh itu, bayaran yang dibuat untuk premium polisi takaful tidak hangus, sebaliknya wang anda akan bertambah dengan adanya pelaburan.

Pelepasan cukai untuk anda sebanyak RM 6000.00 setahun untuk polisi takaful dan KWSP.
Daripada menggunakan wang anda untuk membayar cukai, sebaiknya wang tersebut digunakan untuk membeli polisi takaful. Selainmenjimatkan wang anda daripada membayar cukai, polisi takaful daripada Prudential BSN memberikan anda perlindunganyanglengkap dan juga pulangan wangdaripada pelaburan.

Anda bebas memilih hospital untuk merawat anda.
Dengan rangkaian hospital yang besar (70 lebih panel hospital di serata negara) dan semakin berkembang, anda bebas untuk memilihhospital yang dapat mengubati penyakit anda. Contoh hospital adalah seperti Subang Jaya Medical Center, Prince Court Hospital dan rangkaian hospital Gleneagles.

Anda dilindungi 24 jam di serata dunia.
Walaupun dimana anda berada sama ada untuk tujuan kerja mahupun bercuti, polisi Prudential BSN Takaful akan melindungi anda.

Kemudahan untuk anda mendapatkan penjagaan jururawat persendirian di rumah.
Jika anda tidak senang berada di hospital untuk rawatan, anda boleh mendapatkan jururawat persendirian di rumah untuk merawat dan menjaga anda untuk pulih.

Menyelamatkan simpanan anda dengan Had Seumur Hidup yang tinggi untuk Medical Card.
Had seumur hidup bermula daripada RM 500,000 hingga RM2.5JUTA. Had seumur hidup yang tinggi untuk Medical Cardmelindungi simpanan hari tuaanda daripada bil ataupun kos rawatan perubatan yang mahal dan semakin meningkat.

Had Tahunan yang tinggi untuk Medical Card.
Had tahunan bermula daripada RM 50,000 hingga RM 150,000. Had tahunan yang tinggi memastikan anda berasa tenang dan selamatkerana anda dan simpanan anda dilindungidaripada bil rawatan hospital.

Perlindungan Medical Card yang lama sehingga anda berumur 70 tahun atau 80 tahun.
Anda akan dilindungi untuk suatu tempoh masa yang lama sehingga berumur 70 tahunatau 80 tahun. Tempoh yang lama ini memastikan simpanan hari tua anda dapatdimanfaatkan untukkebaikkananda sekeluarga tetapi bukan untuk bil rawatan hospital.

Perlindungan khusus untuk penyakit wanita
Melindungi anda daripada penyakit yang khusus menyerang wanita yang melibatkan cervix uteri, ovary dan banyak lagi.

Perlindungan untuk bakal ibu dan ibu
Sebagai bakal ibu atau pun ibu, anda dilindungi daripada penyakit yang disebabkan mengandung, keguguran, kematian anak (30 hari selepas bersalin) dan banyak lagi.

Mengurangkan komitmen anda dengan premium kekal.
Premium bayaran untuk polisi Prudential BSN Takaful adalah kekal untuk sepanjang hayat.Prudential BSN Takaful memudahkandanmeringan komitmen anda untuk memiliki polisi takaful dengan bayaran premium yang kekal walaupun usia anda semakin meningkat.

                         
  • Plan kami sangat fleksibel. Konsep kami adalah bukan apa yang kami boleh beri pada anda akan tetapi apa yang anda mahukan dan apa yang anda perlukan mengikut cara hidup anda dan kemampuan kewangan anda.
  • Plan perlindungan takaful yang tinggi sama ada bagi penyakit kritikal, kemalangan hilang upaya kekal mahupun kematian biasa.
  • Kad perubatan yang bernilai sangat tinggi. Bermula dari RM500,000 hingga mencecah RM1.5 juta. Bergantung kepada plan yang anda ambil.
  • Plan Takaful Saver yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
  • Anda menentukan tempoh matang polisi anda.
  • Maksima perlindungan asas hingga anda mencecah 80 tahun.
  • Fleksible,dimana anda boleh menambah (top-up) perlindungan anda  mengikut kemampuan dan keperluan semasa.


WE ARE NUMBER ONE

Merancang PERSARAAN dalam usia muda..

Bagi mereka yang baru mula bekerja, tumpuan lebih terarah kepada kehidupan yang seronok dan bahagia, iaitu memiliki rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Tidak mungkin pada masa ini, mereka pula dikehendaki untuk memikirkan tentang persaraan. Sekarang adalah masa untuk enjoy.

Sebenarnya tanggapan seperti itu adalah silap. Jika melihat kepada data sedia ada tentang persediaan untuk menghadapi persaraan, ia amat tidak menggalakkan. Dalam kajian yang dikendalikan oleh Citibank mendapati:

60% PENGGUNA TIDAK YAKIN DENGAN SIMPANAN PERSARAAN MEREKA 
HANYA 22% MEMPUNYAI SATU PELAN PERSARAAN 


DALAM SATU KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH FOMCA PULA, BILA DITANYA, “ADAKAH ANDA RASA BAHAWA SIMPANAN ANDA MENCUKUPI UNTUK UNTUK KEGUNAAN SEMASA PERSARAAN?”, SEBANYAK 64% YANG MENJAWAB, “TIDAK!”.

RAMAI PENGGUNA HANYA MENGHARAPKAN SIMPANAN DALAM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) UNTUK MENAMPUNG KOS HIDUP MEREKA SELEPAS BERSARA. BERDASARKAN LAPORAN DI BERITA HARIAN, “KIRA-KIRA 72% PENCARUM MENGHABISKAN SEMUA SIMPANAN MEREKA DALAM TEMPOH 3 TAHUN DARI TARIKH PENGELUARAN SELEPAS BERSARA.



Persaraan adalah masa apabila anda tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji, sebaliknya anda akan bergantung kepada simpanan dalam KWSP, pelan persaraan yang yang lain, pendapatan pelaburan atau pendapatan daripada pekerjaan sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa bersara, maka setiap pengguna harus memikirkan secara terperinci tentang perancangan mereka apabila bersara.

Untuk mencapai kejayaan kewangan dalam persaraan, pengguna harus mempunyai tabungan dan pelaburan yang cukup untuk menambah simpanan dalam KWSP. Untuk menjayakan ini, dalam masa seseorang bekerja untuk 30 hingga 35 tahun, seseorang mesti memilih satu-satu pelan persaraan dan harus berkomited untuk mematuhi pelan tersebut sehingga bersara.

Anda dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja dan terus melabur sehingga bersara untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang cukup semasa bersara. Dengan mula menyimpan semasa usia masih muda, anda akan menikmati manfaat simpanan wang yang lebih tinggi.

Untuk merancang persaraan anda dengan jayanya, anda harus menetapkan matlamat persaraan anda. Tabungan persaraan anda adalah jumlah simpanan dan pelaburan yang anda kehendaki untuk menjamin gaya hidup persaraan yang anda ingin nikmati.Dalam perancangan untuk persaraan, anda juga harus sedar akan beberapa ancaman Inflasi.

Jika pada 10 tahun lepas, harga roti canai adalah 60 sen dan sekarang harga adalah RM 1.80, maka dalam 10 tahun atau 20 tahun hadapan anda boleh jangka harga semua barangan akan jauh lebih mahal daripada sekarang.
Inflasi 15% setiap tahun bagi perbelanjaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang. Semakin tua semakin banyak penyakit akan dihadapi dan masalah kesihatan ini boleh menghabiskan kewangan kita. Oleh itu kita perlu merancang dan bersedia untuk menghadapi persaraan mulai daripada sekarang.


Atur kewangan anda agar anda menikmati hisup di hari persaraan anda dengan gembira dan terjamin. Bagaimana? Kami ingin membantu anda memahami

KISAH TRAGIS TITANIC

PENTINGNYA MEMILIH PLAN TERBAIK

Seterus, saya teringat cerita TITANIC (kalau anda pernah menonton cerita ini)....and rata2 bila saya tanya prospect atau kenalan saya mengenai cerita ini...pernyataan ini selalu disebut" You jump, I jump..."....tergelak jugak saya dengar. Tapi apa yang saya nak highlight adalah cerita disebalik karamnya sebuah kapal buatan manusia yang canggih (pada zamannya) yang dikatakan tidak akan karam. Tapi, Allah Maha berkuasa. 

Ok, ceritanya begini...saya ringkas kan. (kalau nak baca details, boleh tengok kat sini  http://en.wikipedia.org/wiki/RMS_Titanic

       Pelayaran dari Southampton ke New York, pada 10 April 1912, dengan muatan 2,223 (anak kapal dan penumpang)...Bahagian penumpang ada 3 class berbeza, 1st, 2nd and 3rd Class. Dalam pelayaran tersebut, kapal ini karam disebabkan terlanggar ketulan ais gergasi (ice berg) dan suhu air pada masa itu −2 °C. Apa yang saya nak tekankan kat sini adalah....kapal sebesar Titanic cuma ada 20 life boat sahaja. Tak cukup walau pun untuk separuh dari bilangan penumpang dan anak kapal yang berada dalam kapal tersebut. Pun begitu, kapal tersebut menyediakan life jacket untuk orang2 yang lain.
     
Ok, kita lihat statistic di sini... Yang terselamat adalah penumpang yang dapat menaiki life boat semasa kapal Titanic tu tenggelam. So, apa kaitannya dengan insurance yang komprehensif nie?..Peratusan mangsa di bahagian 1st class paling sedikit, mungkin disebabkan mereka bayar tiket  mahal, so, dapat keutamaan untuk naik life boat.Jadi, pada pandangan saya, insurance komprehensif ini samalah seperti life boat dan manakala yang tidak komprehensif ini adalah seperti life jacket.


Komprehensif : Cover semua area risiko kewangan sekiranya client ditimpa musibah, mana kala yang tidak komprehensif hanya cover sebahagian risiko kewangan sahaja sekiranya ditimpa musibah.

Sebagai contoh, mungkin ramai dikalangan kita ada insurance kemalangan (PA)sahaja...bukan saya cakap insurance kemalangan tersebut tak bagus, cuma tak cukup bagus disebabkan, hanya cover kemalangan, sekiranya kita memerlukan sumber kewangan untuk cover bill rawatan kita disebabkan penyakit, adakah insurance policy yang kita ada (adakah policy kemalangan tersebut boleh cover kos rawatan kita?)....Ini salah satu contoh mudah.

Samalah juga casenya tadi, mengenai life boat and life jacket. Bila tenggelamnya kapal Titanic tu, rata2 orang ada life jacket, dan yang berpeluang naik life boat, peluang untuk selamat lebih tinggi berbanding dengan penumpang yang hanya ada life jacket, sebab keadaan masa tu, air -2°C. Yang pakai life jacket hanya boleh tahan kurang dari 15 minit dan mereka terkorban disebabkan oleh hypothermia. Petikan dari sumber wikipedia...

"The majority of deaths were caused by hypothermia in the 28 °F (−2 °C) water.."

Jadi, ada life jacket, tapi terkorban disebab situasi pada masa itu memerlukan life boat untuk penumpang mempunyai peluang untuk diselamatkan.Tak kisah sebenarnya dari insurance company mana sekali pun, yang penting anda perlu tahu 2 perkara..

1. Kenapa plan insurance yang komprehensif tu penting.
2. Bagaimana plan komprehensif boleh bantu kita disaat kita 
    memerlukan perlindungan insurance.

Jadi kesimpulannya, kepada sesiapa yang masih belum ada plan yang komprehensif, cari maklumat mengenai plan yang saya sebutkan tadi. Kepada yang dah ada insurance, tapi tak pasti sama ada insurance mereka adalah komprehensif atau tidak, review balik policy anda dan hubungi agent anda segera. 


Tanggungjawab kami untuk menyampaikan maklumat dan bantu apa yang boleh kami bantu, tanggungjawab anda pula adalah ambil tahu dan bertindak. Dan pada saya amat malang sekali, kalau kita tidak mahu ambil tahu langsung, walau pun mungkin kita belum mampu untuk bertindak. 

WE ARE NUMBER ONE
 IZINKAN KAMI UNTUK MELINDUNGI ANDA & KELUARGA

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT DAN PERKONGSIAN 
NOOR AZMAN 013-3043848/ MARY 013-3403848

CREDIT TO FADZILAGENCY.BLOGSPOT

CARA MEMILIH MEDICAL CARD ?




BERIKUT IALAH JENIS-JENIS MEDICAL CARD. 

1.  Adakah Medikal Kad ini : Attachment @ Stand Alone @ Rider
  • Attachment – Med Kad di attachkan pd Life insurance. Berlainan polisi. Jumlah Premium monthly/Q/H/Y adalah meningkat mengikut ageband (kebiasaannyer setiap 5 tahun
  • Standalone – pun sama dengan attachment cuma tak perlu disertakan  life insuran.
  • Rider – Medical  Card adalah rider dalam satu polisi dengan Plan Life Insurance. Polisi tamat mengikut tamatnya polisi Life Insurance. Kebiasaan kalau polisi lifetime -sehingga umur 70~80~90~100thn. Bagi yg ada tempoh matang adalah sehingga tempoh matang.. Harga premium tidak berubah sehingga tamat polisi kecuali upgrading @ arahan dari bank negara. Prudential BSN menggunakan rider.
2. Tempoh utk memperbaharui Medikal CaRd. Kebiasaan dalam   
    masa 2 minggu selepas tamat setiap tahun. (untuk polisi med 
    attachment dan Stand Alone)
  • Sekiranya gagal berbuat demikian, polisi anda akan tamat dan mengalami kesukaran utk renew. Contoh: kalau dah pernah claim mungkin akan ditolak, Loading @ Pengecualian. Jadi, berhati-hati jangan sampai tamat tempoh.
    3. Loading bila dah claim. Tambah  premium/bayaran. Ada syarikat yang mengenakan loading sekiranya sudah claim. (untuk polisi Attachment & Loading - sebab  polisi/agreement perlu diperbaharui setiap tahun)

    4. SAVING untuk polisi med attachment & stand alone– TIADA SAVING UTK MED CARD. Saving hanya untuk life insuran sahaja. Duit bayaran medikal kad adalah hangus. Kebiasaaannya  kalau yg polisi RIDER adalah satu polisi dengan life beserta SAVING.

      5. LAPSE. untuk polisi attachment & StandAlone. Disebabkan
      tiada bahagian saving utk medical, sekiranya anda tidak membayar apabila tamat tempoh maka ianya akan lapse dengan serta  merta (mengikut tempoh yang dberikan oleh syarikat insuran).

      Untuk polisi Rider… medikal & life insuran tidak akan lapse selagi masih ada baki simpanan dalam akaun. Contoh: sekiranya, anda telah membayar polisi selama 10 tahun.,polisi life & medikal kad anda mgkin masih tidak lapse utk 5-6thn akan datang sehigga habis duit simpanan anda.

      WE ARE NUMBER ONE
       IZINKAN KAMI UNTUK MELINDUNGI ANDA &KELUARGA

      HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT DAN PERKONGSIAN
       NOOR AZMAN 013-3043848/ MARY 013-3403848

      credit to: fadzilagency.blogspot.com

      KEPENTINGAN MEDICAL CARD

      Mengapa perlu Sekarang? 
      bukan tunggu lah... or naNti lah... 


      Salam semua.... Just nak share sedikit info pasal kenapa perlu amik medical sekarang??? Saya lihat masih ramai lagi antara kita merasakan Medical Card nie tak penting, mungkin sebab masih bekerja di Syarikat yang menawarkan medical benefit kepada staffnya atau kerja makan gaji..Gorverment cover semua.Tapi....persoalannya....sampai bila company nak tanggung and berapa banyak company nak tanggung?..

      Kalau kena penyakit kritikal dan memerlukan rawatan berterusan?..dan kita pulak asyik MC sahaja. Seminggu 4 hari MC, kemudian kerja sehari, MC lagi 4 hari.


      Jadi, kalau jadi kes mcm nie berapa lama company/kerajaan boleh tanggung kita?...Company nak simpan lagi ke orang2 yang dah sakit kritikal atau penyakit yang menyebabkan kita asyik MC je?...kalau kita jadi Director company, kalau ada pekerja kita mcm nie, berapa lama company kita boleh tanggung dia and bayar gaji dia sedangkan dia asyik MC je, kemudian kerja dia tak siap. Sampai company terpaksa hire orang lain, dah kena bayar 2 orang punya gaji utk satu kerja. Kalau kita jadi pemilik syarikat, apa tindakan kita?...masih nak simpan lagi orang yang asyik MC sahaja?...so, mcm mana?...


      Sebagai pekerja pulak, dah sakit teruk dan company dah nak bg surat berhenti kerja sebab masalah kesihatan, masa tu baru nak apply medical card?....untung le kalau dapat...


      Minyak naik, kita boleh elakkan beban minyak naik dengan naik motorsikal atau naik kenderaan awam. Barang naik?..kita boleh kurangkan atau pilih barang2 yang kurang naik. Toll naik? ...kita boleh elak, ikut jalan yang toll free.


      Tapi, pernah ke kita terfikir, bahawa 'PERSARAAN' kita daripada bekerja akan tetap sampai. Dijamin akan sampai (kalau panjang umur). Adakah kita berfikir yang umur kita takkan mencecah 55 tahun dan masa tu kita terpaksa bersara atau kalau nak sambung pun secara contract. Itu pun kalau khidmat kita bebetul diperlukan. Kalau khidmat kita tidak diperlukan disebabkan tenaga muda yang lebih productive dan gaji lebih rendah menggantikan tempat kita, 


      Kita tidak dapat mengelak untuk BERSARA..... jadi... masa tu baru nak amik medical card?...Kalau sihat, ok, kalau dah sakit?..mcm kes no 1 di atas la. Pihak Insurance/takaful pulak akan menetapkan pelbagai syarat. Medical Check up la. Kena loading la. Exclusion la dan sebagainya.


      Selama sihat tak pernah buat medical check up, sekali umur 55, konon2 nak cari medical card...kena medical check up. Sekali habih medical check up baru tau kita ada mcm penyakit. Hypertension, masalah kardiovaskular, kencing manis tinggi dan lain2 lagi, semuanya akan dikesan. Masa tu baru nak amik?....rasa2nya, harga medical card masa tu sama ke dengan masa sekarang?Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara;



      "MUDA SEBELUM TUA; SIHAT SEBELUM SAKIT; 
      LAPANG SEBELUM SEMPIT; KAYA SEBELUM MISKIN; 
      dan HIDUP SEBELUM MATI"



          TOLONG DIRI ANDA !!!!

      HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT DAN PERKONGSIAN 

      WE ARE NUMBER ONE
       IZINKAN KAMI UNTUK MELINDUNGI ANDA &KELUARGA
      HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT DAN PERKONGSIAN
       NOOR AZMAN 013-3043848/ MARY 013-3403848

       CREDIT TO http://fadzilagency.blogspot.com/

      KENAPA ANDA WAJIB MEMPUNYAI INSURANS?


      Umpama pepatah 
      Sediakan Payung Sebelum Hujan
      itulah konsep insurans sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu.

       Seandainya kita sentiasa beringat dengan pepatah orang tua, 
      MALANG TIDAK BERBAUsudah pasti kita kita akan menyertai insurans sebagai jaminan masa depan.

      Ada sesetengah termasuk kawan saya sendiri yang memandang negatif tentang insurans. Mereka hanya memandang saya sebagai seorang yang ingin mengambil kesempatan atas pendapatan mereka. Sebenarnya tugas seorang Perunding Takaful adalah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan insurans tanpa ada sebarang paksaan. Apa yang kita niatkan, itulah sebenarnya yang kita dapat. Niat untuk mengaut keuntungan hanya akan memberikan kekayaan dengan pengisian yang kosong.

      Apa yang disampaikan adalah berunsur kebaikan dan memberi manfaat kepada manusia. Manfaat adalah untuk orang yang menyertai insurans bukannya Perunding. Insurans bukan untuk mengkayakan Perunding atau peserta tetapi lebih daripada itu. Insurans bukan untuk menjadi kaya tetapi untuk mengelakkan kita menjadi miskin.

      Seperti yang saya tegaskan tadi, terdapat beberapa kepentingan insurans kepada peserta. Tugas Perunding adalah untuk menyampaikan dan anda yang perlu menentukan sendiri kepentingan anda.
      1. PERSIAPAN jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
      2. Ambil insurans ketika masih muda dan sihat, boleh dapat pulangan tinggiapabila tempoh matang insurans.
      3. Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
      4. Kos pengajian semakin tinggi. Anak perlukan insurans untuk meringankanbeban kos pendidikan.
      5. Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya peserta meninggal dunia.
      6. Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital.
      CREDIT TO: fadzilagency.blogspot.com

      KENAPA KAMI MEMILIH PRUDENTIAL

      KENAPA KAMI MEMILIH PRUDENTIAL






      NOOR AZMAN MAZELAN
      013-3043848
      MARY JAUNGIN @ MELLY
      0133403848

      KENAPA KAMI MEMILIH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL 


      BIAR SAYA TERANGKAN DULU

      Tiada paksaan bagi saya kepada tuan/puan. Biar saya terangkan dulu kelebihan dan manafaat yang akan anda perolehi jika anda mengambil mana-mana Polisi insuran dari Prudential BSN Takaful Beri saya masa 20 minit untuk memberi penerangan. Apasalah kita mendengar sebentar, daripada kita membuat keputusan yang mengikut fikiran kita bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak baik..

      TOLONG SAYA...... UNTUK MENOLONG ANDA...!!!

      Lagi penting.....Syarikat Besar ni (Berhad) Modal Berbayar Pru Bsn RM1 bilion pengalaman 150 Tahun di Dunia, dan 88 Tahun di Malaysia. Cuba tanya Pakar Perdana, KBMC, dan Hospital Pakar  mana je... cth: Ampang Puteri, atau mana-mana hospital pakarlah Takaful apa yang membayar claim bil hospital dengan cepat (Good Pay Master)...                          
      Mereka Akan Jawab Pru Bsn Takaful. Prudential Hanya satu-satunya sykt antarabangsa yang mempunyai kepakaran Insuran. Mendapat lesen Takaful di Malaysia. (Bergabung Dengan Bsn 51% Saham, Prudential 49%)...Sebab itu kena pilih sykt yg kukuh,  Ada jaminan syarikat akan tetap wujud walau berpuluh tahun akan datang... Mencatat jualan takaful tertinggi untuk New Business di Malaysia pada 2011, RM1 Bilion. 

      Produk Kompraehensif.... Ada Investmet, Retirement, Education, medical Card, Investment Link, Takaful. Sykt Takaful Pertama menawarkan Plan Medical Card, Pelaburan, Pendidikan, Pesaraan, Dll
      Kadar Keuntungan Tinggi Tahun 2012- 33%, Sila Lihat Majalah Personal Money Jan2008. Prudential Kerana Kepakaran 150 tahun dan BSN syarikat Milik Kerajaan.."



      WE ARE NUMBER ONE
       IZINKAN KAMI UNTUK MELINDUNGI ANDA &KELUARGA
      HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT DAN PERKONGSIAN 
      NOOR AZMAN 013-3043848/ MARY 013-3403848

      PERINGATAN UNTUK SEMUA: SIAPALAH KITA


      Siapalah Kita

      KITA BUKAN PERDANA MENTERI

      Kita bukan Perdana menteri….
      Kalau kita Perdana menteri,
      nak takut apa sbb semua free
      Sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi
      kanser di Los Angeles, US lg.
      Ratus-ratus ribu, high class facilities,
      Kerajaan tanggung in and out everybody,
      Buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi,
      Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Sri,

      Kita bukan Azean Irdawaty,
      Aktress terkenal pun xboleh lari,
      Tapi......
      takpa, masuk paper Berita Harian, Metro, 
      Utusan dan macam2 lagi,
      mintak derma,
      Masuk TV3 mintak ringankan beban,

      Macam-macam
       persatuan bagi derma,
      Zakat Selangor bagi RM 30 000,
      kita dapat ker mcm ni ?
      RM 90 000 bukan senang nak cari,
      Berlakon satu filem di bayar RM60k,
      setahun 3 filem dah RM180k,
      banyak gajimemang ok,
      Tak campur drama dan iklan,
      Mcm ni punya kaya pun kena
      mintak derma lagi…..
      Gaji kita ada RM180,000?RM100,000? RM 30000?
      Alahai 
      sedih bunyinya….
      Kanser tak pilih bulu,
      Hari ni sihat,bulan depan tengok2
      kanser dah stage three,
      14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 inci,
      1 dari 19 wanita menghidap kanser setiap hari
      setiap tahun ????
      Bila giliran kiter sampainya nanti ??

      Hospital
       kerajaan macam pasar boleh gurentee ??
      Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
      tapi nak bagi mengerti..
      Facilities dan kepakaran
      Hospital Kerajaan dan Swasta selari….
      TAPI Doktor Kerajaan sendiri kongsi,
      Kes elektif mcm kanser atau jantung,
      atau kritikal, eloklah jangan ditangguh dan bernanti,
      altiantif mcm mana nak cepat?
      sbb kita bukan PERDANA MENTERI….
      nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
      hospital swasta paham2 lah,
      bisnes tetap bisnes, untung tetap untung
      RM20,000, buat kimo sajer,
      satu cycle jer, tak masuk rawatan yang lain,
      Bila dah kena, ada yang bergadai rumah,
      ada yang bergadai tanah,
      Kalau duit rawatan + duit sara hidup +
      kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?
      Simpan RM 200 sebulan di ASB pun
      10 tahun belum cukup lagi RM 100 000..
      Kalu simpan RM 200 di Takaful,
      esok dah ada dana kecemasan RM 150 000,
      Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik
      Modal + Investment…
      sekali. Ni pun tak boleh paham ker ?
      Setengah orang kedekut..
      kalau tak kedekut,
      mungkin tak paham,
      beli kereta bayar RM 500 boleh,
      RM 1500 pun takper, asal bergaya,
      beli emas ribu- ribu sanggup,
      tapi nak bayar 5% dari gaji bulan utk
      kecemasan rasa xsanggup,
      sedangkan benda ni wajib + penting,
      dana kecemasan la katakan,
      kalau ada RM 150 000
      dalam bank hari ni takper,
      kan ker baik kalau orang lain
      bagi RM150,000 utk kecemasan,
      Mahal? RM200 mahal?
      RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????
      Orang Cina 
      bila dapat 1st gaji
      diorang tak plan nak beli kereta Honda,
      Orang Melayu bila dapat 1st gaji
      terus plan nak beli kurang2 Waja,
      Orang Cina bila dapat 1st gaji,
      diorang pikir Investment,
      pikir Insurance,
      Orang Melayu bila dapat 1st gaji
      diorang pikir nak pakai kereta aper,
      sport rim 17 inci wajib,
      Perancang kewangan kater, utk kereta
      tak lebih 12% dari gaji bulan,
      Gaji RM 2500 sebulan, patut beli
      kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan,
      Wira second ok la..kenari second ker..
      utk permulaan…..

      Tapi… ramai tak ikut..
      gaji RM 2500, beli kereta Honda City
      RM 600/sebulan…..24% dah tuh..
      Perancang kewangan kater,
      60% gaji utk hutang + perbelanjaan,
      40 % utk investment + dana persaraan + insurance,
      Orang melayu 99% gaji utk hutang +
      belanja sara hidup… 1 % utk simpanan…
      Beraper kerat jer orang melayu ada
      RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kera,
      Bila orang suruh beli takaful / insurance…..
      mahal…tak cukup bulan2 nak bayar……
      pakat2 la betulkan kedudukan
      kewangan korang semua….
      Orang Kerajaan berlagak,
      Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
      Betul tu….
      Habis hari2 orang kerajaan masuk paper
      mintak derma mcm maner?

      Kita bukan 
      Perdana Menteri,
      Bukan juga adik Menteri,
      Menteri dan PM sendiri pun cari
      hospital swasta utk rawatan,
      kat US lagi tuh,

      Pegawai jabatan jer? clerk jer?
      Pegawai sains jer?
      Ketua Jabatan? Pensyarah?
      Ok la skit dengar bunyik nyer,
      OK sebulan lagi datang balik
      buat Test tu Test ni,
      OK tunggu result 2 minggu,
      OK kena tunggu giliran buat pembedahan,
      mungkin 3 bulan lagi,
      Senarai list 10 muka surat,
      tahun depan pun ada nak dapat giliran,
      mintak maaf cakap, inilah realiti……

      Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri,
      Konon – konon Multi Nasional Company…
      Majikan Cover la katakan…
      Berapa ribu beb ?
      Sampai bila beb ?
      Berapa limit beb ?
      8 bulan 
      kena kanser tak pi kerja
      Majikan nak cover lagi ker beb ????
      pencen umur 55 thn
      habis takdak coverage dah…
      86% warge tua melayu sekarang
      tiada coverage insurance..
      golongan ni berada di tahun akhir
      1970an dan 1980an…
      tengah kuat kerja mcm kita,
      tapi masa tu insurans tak famous
      di kalangan orang melayu, haram…
      sekarang ada satu pilihan jer lah…
      hospital kerajaan…
      kalau nak ke hospital swasta…
      kena cari dana sendiri…EPF?
      Persaraan 
      pun tak cukup
      inikan pula nak tanggung medical…
      Sekarang banyak company besar2
      beroperasi di Malaysia,
      Tapi sampai bila ?
      Itu pun kalau majikan
      masih sudi beroperasi di Malaysia,
      Bisnes is bisnes,
      bukan badan kebajikan atau welfare…
      kalau kos operasi dah mahal…
      pegi tempat lain la jwbnyer..
      nak beli takaful masa umur 55?
      Besar belanjer nyer beb..
      itu pun kalau layak…
      Majikan paling besar dalam Malaysia..
      adalah Kerajaan Malaysia,
      Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..
      tak bungkus…
      walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..
      takper.. Majoriti mudah dalam tangan…
      Alahhhh…kalu PAS ker PKR ker
      perintah Malaysia pun,
      kerajaan tetap jalan mcm biasa…
      Kerja Kilang besar mana pun,
      risiko nak bungkus tetap ada,
      US dah meleset,
      Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya…
      Kat Malaysia pun
      operator kilang Melayu dah skit…
      berlambak Bangla, Vietnam , Nepal… murah…
      Sikit hari lagi, depa pakat – pakat
      pindah Operasi pi Bangla…
      Hampa ternganga….
      Tu pun masih tak sedar diri lagi..
      IKM-HUKM Hospital yg terbaik
      dari segi facilities bagi rawatan kanser,
      Hospital Kerajaan nih…
      Hospital Swasta n Kerajaan kadang2
      akan refer sini,
      Sini ada golongan yg tak perlu bayar,
      atau bayar seminimum yg mungkin,
      Ada yang kena bayar 100%..
      bagi yang ada coverage insurance,
      atau TOKEY KILANG,
      Boleh buat loan nak buat rawatan disini…buat loan ?
      Cukup la loan rumah, loan kereta
      dah beban dah…..
      Kebarangkalian nak jatuh dalam
      GROUP tak payah bayar sangat lah rendah..
      Second group kena bayar skit.
      skit berapa skit…RM 20 ribu ? RM 30 ribu ?
      Tengok kes ler…So, are we hoping for the luck
      to fall in the Not Need Pay Group ??
      Husband kerja, wife kerja…
      boleh bayar bulan – bulan aper ….

      Ibarat guna 
      Kad kredit ler,
      Kad kredit Visa Jammed,
      Gunerlah pulak Kad Mastercard,
      (Mana2 yg pakai kad kredit,
      stop dan tukar pada Kad Debit plak…)
      Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
      Jahanam satu tayar,
      ada lagi satu tyre spare..

      Sama juga kes you,
      Mana boleh dapat rawatan kerajaan,
      pergi la takda masalah,
      Tapi bila lambat dan waiting list panjang,
      pegi la hospital swasta nak cepat…
      (dengan coverage insuranse la yer…)
      Kanser bila dah kena, keluarga merana,
      isteri kena kanser suami merana,
      suami kena kanser isteri merana,
      kehilangan keluarga tersayang
      taktau nak cakap ler sedihnyer,
      Kesian anak2…

      Gaji 
      Laki bini 
      RM 2500 + RM 2500..
      Wow.. RM 5000
      satu tumbang…tinggal RM 2500 jer..
      dah la tak cukup…
      nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
      kalau takdak insurans…..
      masuk paper ler mintak derma..
      tanggung sakit memang perit,
      takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,

      Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer
      Kalau dah sampai ajal, pergi jua…
      Sekurang2nya kita mencuba,
      dapatkan rawatan terbaik,
      Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
      Sbb lambat dapat rawatan…
      Why lambat ? tak der duit..
      Suami-suami yang menyayangi isteri…
      Isteri – isteri yang menyayangi suami..
      Lepas baca nukilan nih,
      bincang – bincanglah sesama sendiri,
      Suami belikan takaful untuk isteri…
      Takkan isteri nak beli untuk suami..
      Apa2 pun bolehlah…


      Tanggung sakit memang perit,
      takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,
      Ajal dan maut di tangan Tuhan akhirnyer,
      Kalau dah sampai ajal, pergi jua…
      Sekurang2nya kita mencuba dapatkan rawatan terbaik,
      Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
      sbb lambat dapat rawatan…why lambat ? tak der duit…..

      Suami-suami yang menyayangi isteri…
      Isteri – isteri yang menyayangi suami..
      Lepas baca nukilan nih, bincang-bincanglah sesama sendiri,
      Suami belikan takaful untuk isteri…
      Takkan isteri nak beli untuk suami..
      apa2 pun bolehlah…

      Nasihat saya…
      Takaful atau Insurans ..
      hanya boleh dibeli dengan KESIHATAN,
      Hanya orang yang SIHAT je ..
      boleh beli insurans atau takaful…
      You mampu bayar RM 500 sebulan pun,
      Bila dah SAKIT, orang tak pandang dah,
      Nukilan ni bukan nak perli saper2,
      Just nak bukak minda jer,
      Mintak maaf kalau ada yang teraser,
      Sementara sihat, eloklah berSEDIA..

      Bila dah sakit…
      Wallahulalam….

      Ingat…..Kita bukan mana – mana Perdana Menteri…
      hatta Menteri…

      credit to:http://fadzilagency.blogspot.com/