Saturday 14 November 2015

Komposer veteran melarat: Datuk Ooi Eow Jin hidup atas ihsan gereja


KUALA LUMPUR, 7 Nov — Komposer terkenal zaman 1980-an Datuk Ooi Eow Jin kini hidup melarat kerana menghidap penyakit Alzheimer dan tidak boleh bekerja, selain perlu menjaga anaknya yang menderita tumor otak.
Anak sulungnya meninggal beberapa tahun lalu akibat leukemia dan isterinya Datin Khaw Lean Kee, 75, bekerja sebagai pembantu di sebuah gereja di Petaling Jaya bagi menampung beban keluarga.
Akibat kedaifan tersebut, mereka terpaksa hidup menyewa di kediaman ihsan rumah ibadat tersebut, lapor mStar Online semalam.
“Kehidupannya kini agak daif dan kita perlu bantu dia meneruskan kehidupan, sekarang dia mengalami Alzheimer dan tidak boleh bekerja, malah dia juga menanggung anaknya yang sedang menderita penyakit tumor otak,” kata pengarah muzik RTM.
Datuk Mokhzani Ismail menambah, stesen televisyen RTM akan menganjurkan “Konsert Orkestra RTM Lagu Untukmu Ooi Eow Jin” pada 15 Disember ini di Angkasapuri bagi mengumpul dana untuk meringankan beban pemuzik veteran itu.
“Kita berharap orang ramai yang prihatin dapat membantu sedikit sebanyak untuk meringankan beban Ooi sekeluarga. Kita merancang untuk menyerahkan hasil sumbangan itu pada malam konsert tersebut,” beliau dipetik berkata.
Sumbangan korporat dan persendirian boleh disalurkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Tabung Ooi Eow Jin menerusi akaun 3108024130 (Public Bank).
Kerjaya Ooi bermula dengan Orkestra RTM pada 1963 hingga 1983, kemudian beralih sebagai pengarah muzik di TV3 pada 1984. Beliau kemudian bertugas sebagai tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Kerjaya terakhirnya, pemain piano solo di Hotel Majestic Kuala Lumpur sehingga Jun lalu.
Pada 7 September lalu, Ooi dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran ‘Datuk’. Beliau pernah bekerja sepentas dengan seniman ternama, antaranya Tan Sri P Ramlee, isterinya Saloma dan Tan Sri SM Salim.
Antara lagu popular ciptaannya: “Lagu Untuk Mu” nyanyian Dahlan Zainuddin dan “Gerimis di Lautan” nyanyian Sudirman. 
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/komposer-veteran-melarat-ooi-eow-jin-hidup-atas-ihsan-gereja#sthash.PjfeaSs4.dpuf

Smart and Lovely Ways to protect you and your loved one. We love to protect you. Noor Azman 013-3043848 / Mary 013-3403848

No comments:

Post a Comment

Thank you for leaving your comment. For FAST respond please SMS/WhatAps/Call 0133043848 (Noor Azman) & 0133403848 (Mary). We are glad and proud to help you.